Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
December  2018
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31  

Info Pembangunan Keluarga

BORANG PERMOHONAN PENGECUALIAN / PENANGGUHAN KURSUS PRA-PERKAHWINAN ISLAM

 

LAPORAN BERITA / AKTIVITI

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM

ALOR SETAR : Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keluarga Islam Kedah (JKTPKIK) telah mengadakan mesyuarat bilangan ketiganya bagi tahun 2018 pada 3 Mei 2018 yang lalu bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman iaitu YBhg. Ustaz Burhanuddin bin Haji Wahab itu mensasarkan kekerapan mesyuarat sebanyak enam kali dalam setahun sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Agama Islam. Di antara fungsi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Keluarga Islam adalah untuk merancang serta melakukan pemantauan berkaitan program dan aktiviti-aktiviti pembangunan keluaraga Islam khususnya di negeri Kedah Darul Aman.

Pada mesyuarat bilangan III ini, pihak Jawatankuasa diberi taklimat berkaitan Pelan Tindakan Keluarga Sakinah Negara 2017-2021 (PTKSN) oleh Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hal ini berikutan Persidangan Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam seluruh Malaysia memutuskan bahawa Jawatankuasa Pembangunan Keluarga yang sedia ada di peringkat negeri bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan PTKSN tersebut. Turut bersama menyertai mesyuarat tersebut ialah Setiausaha JKTPKIK yang juga Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam JHEAIK, Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Zakaria bin Mustafa serta ahli-ahli jawatakuasa yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri bagi sesi 2016-2018.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM NEGERI KEDAH 2016-2018

PENGERUSI : YBhg. Ustaz Burhanuddin bin Haji Wahab – Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok

SETIAUSAHA : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JHEAIK

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

1. YBhg Dato’ Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK

2. YDH, Dato’ Ketua Polis Kedah

3. Pengarah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga  Negara (LPPKN)

4. Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

5. Pengarah, Biro Bantuan Guaman Malaysia Negeri Kedah

6. Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Kedah

7. Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan JHEAIK

8. Penolong Pengarah (Pembangunan Keluarga) JHEAIK

 

 

BERITA PROGRAM LAWATAN MAHABBAH KE PUSAT BIMBINGAN ISLAM SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (PUSBA) SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI), JHEAIK  telah mengadakan Lawatan Mahabbah ke Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (PUSBA) Sungai Petani, Kedah Darul Aman pada 7 Mac 2018. Lawatan tersebut diketuai oleh Y.Bhg. Tuan Syeikh Zakaria bin Mustaffa, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian UUKI bersama 6 orang ahli rombongan yang terdiri daripada 3 pegawai dan 2 kakitangan sokongan. Turut menyertai lawatan tersebut ialah dari pihak Jabatan Pembangunan Wanita Kedah (JPW) seramai 4 orang termasuk Pengarah Negeri JPW, Puan Aisa Azira bt. Abdul Aziz. Lawatan yang bertujuan membina usahasama program tersebut disambut mesra oleh Pengerusi PUSBA, Y.Bhg. Dato’ Panglima Jaya, Dato’ Wira Hj. Ismail bin Hamid, Pengetua, kakitangan dan para penghuni PUSBA.

Y.Bhg. Dato’ Panglima Jaya, Dato’ Wira Hj. Ismail Hamid selaku pengerusi majlis pertemuan tersebut memulakan agenda lawatan dengan penerangan berkaitan sejarah fungsi dan aktiviti-aktiviti PUSBA untuk tatapan ahli lawatan. Selain dari bertukar-tukar pandangan berkaitan perancangan program-program pembangunan kekeluargaan di kalangan muallaf khususnya di kalangan penghuni PUSBA, ahli rombongan lawatan mahabbah mengambil peluang beramah mesra dan menyantuni serta menikmati juadah makan tengahari bersama golongan muallaf di pusat tersebut.

Y.Bhg. Dato’ Panglima Jaya Pengerusi PUSBA melahirkan rasa gembira dan terharu di atas kunjungan yang diterima serta menyifatkanya sebagai langkah permulaan ke arah usaha memperkasa kualiti hidup “komuniti disayangi” iaitu golongan muallaf. Lawatan tersebut berakhir pada jam 1.00 petang dengan sesi bergambar bersama warga PUSBA disamping bertukar-tukar cendera kenangan di antara ahli rombongan dengan pihak PUSBA.

Laporan oleh : Syeikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,279
  • Last 7 days: 13,119
  • Last 30 days: 51,401
  • Online now: 13