Bahagian Pengurusan Halal
FUNGSI DAN PERANAN BAHAGIAN:
- Mengurus hal ehwal pengurusan halal dalam Negeri Kedah
- Mengurus proses pengeluaran dan pematuhan kelulusan pensijilan dan pengesahan halal
- Mengurus program latihan dan pembangunan untuk kakitangan dan pelanggan Bahagian Pengurusan Halal
- Mengurus proses pengeluaran dan pemantauan pemegang kad tauliah sembelihan
- Mengurus pengauditan dan pemantauan pensijilan halal
- Melaksanakan kursus penyembelihan
Unit Pensijilan
- Mengurus proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
- Melaksanakan pensijilan halal merangkumi penilaian ramuan dari aspek syariah dan teknikal mengikut kategori permohonan
- Menyelaras pendidikan kesedaran konsumer terhadap kefahaman konsep makanan halal dan penggunaan logo halal melalui penganjuran dan penyertaan seminar, pameran dan bengkel berkaitan halal
- Menyelaras latihan dalaman syariah dan teknikal untuk mempertingkatkan kompentensi pegawai agen/wakil serta agensi berkaitan
- Menyelaras maklumat-maklumat berkaitan pensijilan halal untuk diterbitkan di media massa melalui media cetak / elektronik
- Menyedia dan merekod statistik bilangan permohonan dan kutipan hasil yuran pensijilan halal malaysia
Unit Penguatkuasaan dan Pemantauan
- Melaksanakan aktiviti pemantauan, penguatkuasaan dan penyembelihan secara berkala mengikut zon yang ditetapkan.
- Mengendalikan kes-kes yang dikenakan tindakan penggantungan dan penarikanbalik sijil halal.
- Menjalankan operasi penguatkuasaan makanan dan barang gunaan islam dengan agensi agensi berkaitan berdasarkan kedudukan aduan.
Unit Audit Pematuhan
- Menjalankan pemeriksaan audit dari aspek syariah dan teknikal ke premis yang memohon pensijilan halal dan menyediakan laporan audit untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia.
- Memastikan sumber bahan mentah dan tahap kebersihan premis mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
- Pengambilan sampel barangan yang diaudit untuk dianalisis jika perlu.