Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
August  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31  

Info Khidmat Nasihat

ADUAN RUMAHTANGGA DAN PERKHIDMATAN  RUNDINGCARA

 

MAKLUMAT UMUM

Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam  Negeri Kedah Darul Aman dikendalikan oleh Unit Khidmat Nasihat di bawah Bahagian Pentadbiran  Undang-Undang Keluarga. Antara objektif unit ini ialah membantu keluarga yang bermasalah dapat menyelesaikan konflik yang dihadapi melalui perkhidmatan khidmat nasihat dan kaunseling.Khidmat nasihat dilaksanakan lebih bersifat nasihat kekeluargaan bagi pasangan yang menghadapi konflik kekeluargaan seperti masalah berpoligami yang tidak adil, tidak bersefahaman, campurtangan keluarga, penderaan, pasangan suami/isteri yang tidak bertanggungjawab dan sebagainya.

MATLAMAT KHIDMAT NASIHAT

  1. Membantu individu menangani stress/konflik.
  2. Memahami peranan dan tanggungjawab.
  3. Mengubah sikap atau tingkahlaku yang negatif.
  4. Mengharmonikan perhubungan.
  5. Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (ada kaitan rapat).
  6. Mempertingkatkan kemahiran diri.
  7. Membina sikap asertif (berterus terang) serta keyakinan diri.
  8. Mengenalpasti masalah serta memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil.
  9. Merujuk masalah kepada institusi yang tepat.

KEPENTINGAN KHIDMAT NASIHAT

  1. Masalah dapat dikesan dan diatasi pada peringkat awal.
  2. Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni.
  3. Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri.
  4. Membina keluarga bahagia.
  5. Menyelesaikan konflik secara baik.

INDIVIDU YANG MEMERLUKAN KHIDMAT NASIHAT

  1. Mengalami tekanan/konflik.
  2. Sukar berinteraksi.
  3. Ingin berkongsi masalah.
  4. Memerlukan pengukuhan emosi.
  5. Memerlukan bimbingan dan panduan.
  6. Ingin memahami peraturan dan prosedur.
  7. Ingin mempertingkatkan kemahiran diri.
  8. Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga.
  9. Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga.

PROSEDUR MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KHIDMAT NASIHAT/RUNDINGCARA

  1. Pengadu bolehlah membuat aduan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau.
  2. Dapatkan borang permohonan yang disediakan dan sempurnakan dan lampirkan bersama:-

i.  surat nikah/rujuk asal serta

salinannya dan,

ii. salinan kad pengenalan

Pengadu.

 

3. Serahan borang permohonan

khidmat rundingcara.

4. Dapatkan tarikh temujanji.

5. Perundingan rumahtangga

hanya akan dibuat ke atas

pasangan yang bernikah

secara sah mengikut hukum

syarak.

MUAT TURUN BORANG ADUAN

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
',''],['','Dapatkan Info terkini JHEAIK di www.jaik.gov.my',''],['','Aduan dan Perkhidmatan Rundingcara, sila emel ke rundingcarakedah@gmail.com','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 968
  • Last 7 days: 7,928
  • Last 30 days: 37,271
  • Online now: 3