Objektif, Misi dan Visi
OBJEKTIF
Menjadikan Masjid Zahir sebagai MODEL dalam aspek pengurusan dan pengimarahan kepada masjid-masjid lain di seluruh negeri Kedah Darul Aman.
MISI
Menyediakan segala kelengkapan untuk kemudahan beribadat, mewujudkan dan memperbanyakkan aktiviti keagamaan, keilmuan ke arah melahirkan masyarakat yang berketerampilan, di samping memperluaskan kawasan yang indah bagi menarik kunjungan ahli jemaah dan pelancong.
VISI
Menjadikan Masjid Zahir sebagai pusat ibadat yang ulung, pengembangan ilmu dan budaya serta pusat pelancongan yang terkemuka di Malaysia khasnya dan di dunia amnya.