Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU

Memberi perkhidmatan kepada semua pegawai-pegawai Masjid dan Jawatankuasa kariah mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan Masjid dan Kariah khususnya, anak kariah serta masyarakat Islam umunya ke arah melahirkan individu masyarakat yang cemerlang dan menjadikan masjid sebuah institusi yang penting dalam kegiatan hidup bermasyarakat berpandukan peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

 

Fungsi

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU:

1.         Pemegang amanah tunggal bagi masjid dan surau di Negeri Kedah

2.         Mengawal penubuhan/pengwujudan sesebuah kariah

3.         Memastikan semua masjid berada di dalam keadaan baik

4.         Melantik dan menamatkan perkhidmatan pegawai-pegawai masjid.

5.         Melantik Jawatankuasa Kariah

6.         Mengawal Pegawai Masjid dalam menjalankan tugas

 

AKTIVITI

 

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU:

-          Unit Pentabdbiran dan Kewangan Masjid

1.   Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan bahagian

2.   Merekod cuti kakitangan bahagian

3.   Menyediakan dokumen rawatan hospital untuk kakitangan bahagian

4.   Menyediakan kad perakam waktu untuk kakitangan bahagian

5.   Merekod surat-surat yang diterima

6.   Membantu menyemak rekod-rekod kewangan kariah masjid

 

-           Unit Perkhidmatan Pegawai Masjid

1.         Memproses perlantikan pegawai-pegawai masjid Negeri Kedah.

2.         Mengeluarkan tauliah perlantikan pegawai-pegawai masjid

3.         Mengadakan ujian kelayakan pegawai masjid (ujian bertulis dan ujian lisan).

4.         Mengendalikan kursus dan latihan untuk pegawai-pegawai masjid

5.         Mengurus persaraan pegawai-pegawai masjid

6.         Menyediakan dokumen rawatan hospital pegawai masjid

7.         Mengeluarkan pengesahan bertulis ke atas pegawai masjid yang memohon wang hadiah persaraan / kematian / pengurusa jenazah.

8.         Mengeluarkan tauliah Ampun Hasil Tanah kepada pegawai masjid yang bersara.

 

-          Unit masjid dan surau

1.         Merekod serta mendaftar masjid dan surau

2.         Proses kebenaran mendiri , mereban dan mengubahsuai bangunan masjid/surau

3.         Proses menaik taraf surau ke taraf masjid ghairu jamek dan masjid jamek.

4.         Proses menamakan masjid

5.         Memantau masjid yang bermasalah

6.         Menganjurkan pertandingan keceriaan masjid

7.         Menyelia perjalanan kelas takmir masjid

8.         Pemilihan pegawai masjid ke Mekah

9.         Menyelia 549 buah masjid dan 2,000 buah surau, 2,745 orang pegawai masjid 3,843 orang ahli Jawatankuasa kariah

 

-           Unit Kariah

1.         Memproses perlantikan Jawatankuasa Kariah

2.         Mengeluarkan tauliah perlantikan Jawatankuasa Kariah

3.         Mengemaskini rekod perlantikan Jawatankuasa Kariah

4.         Melakukan pemantauan ke atas rekod kewangan masjid dan surau Negeri Kedah

5.         Menganjurkan kursus kepada Jawatankuasa Kariah

 

-           Unit Masjid Zahir

1.         Mengetuai Majlis rasmi yang dihadiri KDYMM Tuanku Sultan dan Majlis rasmi kerajaan

2.         Menyedia anggaran perbelanjaan masjid negeri dan daerah

2.         Menyusun program dan aktiviti masjid negeri dan daerah

3.         Menyedia jadual tugas pegawai-pegawai masjid negeri dan daerah

4.         Menyelia pelaksanaan tugas pegawai-pegawai masjid Negeri dan daerah

5.         Pusat pelaksanaan majlis-majlis perayaan Agama peringkat negeri dan daerah

6.         Memelihara dan menyelenggara aset masjid negeri dan daerah

7.         Memeberi kursus / latihan kepada pegawai-pegawai masjid peringkat negeri dan daerah

Comments are closed.