Bahagian Penyelidikan

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

Menjalankan Penyelidikan     mengenai    Hal   Ehwal   Agama   Islam   berkaitan      dengan Aqidah ,Syariah dan Akhlak untuk kegunaan  masyarkat Islam khasnya serta bukan Islam amnya bagi tujuan menyampaikan maklumat terkini mengenai perkembangan Agama Islam dan hal-hal yang berkaitan  dengannya  disamping melahirkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

 

Fungsi Bahagian Penyelidikan

1. Menjalankan aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan Aqidah, Syariah & Akhlak disamping mencari kaedah penyelesaian yang berkesan di dalam menangani isu-isu berkaitan dengannya

2. Menjalankan kajian atau penyelidikan mengenai aktiviti yang berkaitan dengan Pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Majlis Agama Islam Kedah.

3. Menjalankan tugas-tugas menyemak terjemahan,teks-teks, skrip-skrip audio/visual , bahan-bahan bacaan bercorak agama atau sebagainya agar tidak bercanggah dengan syarak serta berusaha membendung penyebarannya.

4. Mengatur program bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada kumpulan sasar agar dapat mengebalkan mereka dari anasir-ansir negatif yang merosakkan aqidah dan masyarakat.

5. Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penyebaran maklumat serta bahan-bahan penerbitan keagamaan di dalam bentuk yang terkini kepada masyarakat Islam khasnya dan bukan Islam amnya selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

 

AKTIVITI-AKTIVITI DI UNIT PENGURUSAN HALAL

  1. Penyelidikan di dalam urusan pengendalian pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Majlis Agama Islam Kedah bagi setiap permohonan yang menjalankan operasi pengeluaran bahan makanan dan bahan gunaan untuk orang-orang Islam
  1. Merancang dan menyusun program-program tahunan seperti taklimat, kursus serta perkara yang berkaitan di dalam bidang kajian makanan dan bahan gunaan orang Islam untuk dijelaskan kepada pengusaha-pengusaha dan juga orang ramai.
  1. Mengadakan lawatan pemeriksaan atau lawatan susulan ke kilang-kilang atau premis bagi permohonan Sijil Pengesahan Halal Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman
  1. Menyediakan laporan mengenai sesuatu kajian atau pemeriksaan  yang selesai dijalankan penyelidikan untuk dibawa kepada Pihak Jawatankuasa Mengkaji Makanan Dan Bahan Gunaan Orang Islam bagi diperakukan untuk dikeluarkan Sijil Pengesahan Halal MAIK.
  1. Mengetuai operasi terhadap aduan – aduan yang berkaitan dengan bahan makanan dan bahan gunaan oleh mana-mana individu terhadap premis-premis yang didapati tidak mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak MAIK atau lain-lain pihak yang berkaitan.
  1. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Mengkaji Makanan Dan Bahan Gunaan Orang Islam Negeri Kedah Darul Aman.
  1. Menyediakan laporan tahunan untuk dibentangkan kepada pihak Majlis Agama Islam  Kedah atau mana-mana pihak yang berkenaan.

 

AKTIVITI  UNIT AKIDAH & SYARIAH

  1. Menjalankan penyelidikan serta kajian – kajian yang berkaitan dengan  ajaran meragukan / sesat, amalan tareqat, amalan perbomohan, amalan khurafat serta fahaman-fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak,gejala murtad, gejala sosial, diayah – diayah agama lain serta hal – hal yang berkaitan dengan muamalat, munakahat, jinayah dan juga ibadah.
  1. Merancang dan menyusun program-program tahunan serta pelan bertindak menangani ajaran sesat,pelan bertindak menagani isu murtad , diayah agama lain , gejala social serta  lain-lain kegiatan yang bertentangan dengan syarak yang perlu dibenteras.
  1. Menyediakan laporan mengenai sesuatu ajaran yang telah selesai dijalankan penyelidikan untuk dibawa kepada Pihak Jawatankuasa Panel  Kajian Akidah, Pihak Jawatankuasa Mengesan Dan Merangka Pelan Bertindak Ajaran Sesat, Pihak Jawatankuasa Fatwa atau mana-mana pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
  1. Urusetia kepada Jawatankuasa Mengesan Dan Merangka Pelan Bertindak Ajaran  Sesat , Jawatankuasa Panel Kajian Akidah dan juga Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan  Berunsur Islam.
  1. Membuat kajian mengenai sosial dan kebudayaan masyarakat Islam yang timbul seperti krisis moral, penyalahgunaan dadah serta bahan-bahan yang khayal dan memabukkan, perpecahan di dalam masyarakat, masalah rumahtangga, perceraian dan lain-lain bagi mencari kaedah penyelesaian yang berkesan.

AKTIVITI UNIT PENAPISAN MEDIA

  1. Menyediakan kertas kerja Ilmiah untuk dibukukan mengenai penyelewengan akidah, krisis moral, amalan khurafat, syariah , Ibadah dan lain – lain untuk terbitan Jabatan.
  1. Bertanggungjawab menyemak terjemahan, teks-teks, skrip-skrip, audio/visual atau sebagainya, sedutan ucapan , forum, risalah atau bahan-bahan bacaan bercorak agama agar tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
  1. Merancang dan menyusun program-program kursus serta latihan yang berkaitan seperti kursus penulisan Islam dan sebagainya.
  1. Menyediakan bahan-bahan sebaran am seperti risalah-risalah, pamplet , tayangan video/filem yang menggambarkan cara-cara praktikal mengamalkan ibadat-ibadat ( fardu ain / kifayah) dalam Islam dan lain-lain yang berkaitan.
  1. Mengumpul dan memulihara bahan-bahan khazanah berbentuk pra sejarah Islam.
  1. Mengumpulkan  bahan-bahan kajian dan aktiviti setiap unit di Bahagian Penyelidikan untuk rujukan umum.
  1. Menyediakan bahan-bahan penerangan berkaitan Bahagian Penyelidikan di dalam bentuk yang terkini.

Comments are closed.