Bahagian Dakwah

BAHAGIAN DAKWAH

1. Pengenalan Bahagian Dakwah

  • Bahagian Dakwah merupakan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah yang bertanggungjawab dalam usaha menyampaikan    dakwah, penerangan, ceramah, kuliah dan kursus-kursus.

2. Objektif Bahagian Dakwah

  • Untuk membentuk masyarakat yang sedar akan tanggungjawab kearah       membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  • Melahir dan menambah bilangan masyarakat berilmu, beriman, beramal dan beristiqomah yang diharap akan dapat melahirkan sebuah masyarakat yang progresif.
  • Membimbing masyarakat dan memberi kefahaman yang sebenar tentang Islam sebagai addin dan menentang perkara-perkara yang batil serta bercanggah dengan kehendak nilai-nilai Islam.

3. Fungsi Bahagian Dakwah

  • Merancang dan melaksanakan program dakwah dinegeri ini
  • Merancang dan melaksanakan program dakwah Islamiah dengan agensi agama di negeri ini.
  • Memyelaras rancangan dan perlaksanaan dakwah Islamiah bersama-sama badan-badan dakwah (NGO)
  • Merapatkan, menggerak dan menyelaraskan aktiviti dakwah dengan NGO di negeri kedah bagi memastikan keberkesanan Dakwah dengan agensi agama di negeri ini.
  • Merancang dan melaksanakan program keagamaan kepada saudara baru dan mereka yang belum islam.
  • Berkerjasama dengan bahagia-bahagian lain JHEAIK

3.1. Dakwah ke Luar

  • Memberi penerangan dan kefahaman Islam kepada masyarakat Bukan Islam.
  • Memberi bimbingan dan menguruskan hal ehwal kebajikan saudara baru Islam.
  • Memberi sokongan, dorongan kepada golongan yang tidak bernasib baik.
  • Memantapkan Akidah Saudara Kita melalui program susulan , rangkaian khidmat sosial dan pendidikan yang tersusun

3.2 Dakwah ke Dalam

  • Mengadakan kursus dan latihan kepada semua peringkat lapisan masyarakat.
  • Mengendalikan bimbingan kefahaman, kemahiran kepada kader-kader dakwah, pegawai dan kakitangan JHEAIK.
  • Menyelaras aktiviti dan program dakwah bersama-sama agensi lain.
  • Mengurus Majlis Perayaan Rasmi , Hari Kebesaran Islam dan syiar Islam secara professional dan terkini.
  • Menerbit dan mengedarkan bahan cetak berbentuk risalah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat melalui media cetak dan media elektronik.
  • Meningkatkan kesedaran berdakwah kepada semua lapisan masyarakat

4. Terdapat beberapa Unit yang berada di bawah bahagian ini iaitu :-

4.1Pentadbiran dan Kewangan

Menguruskan dan mengendalikan setiap program bahagian dakwah dan setiap pengurusan kewangan.

4.2 Dakwah Dan Tarbiah

Menganjurkan ceramah-ceramah agama, forum ehwal islam, mengadakan pameran aktiviti-aktiviti Jabatan dan menyampaikan penerangan hal ehwal agama dari semasa ke semasa. Mengendalikan, mengurus Majlis Tilawah al-Qiran, sambutan Maal Hijrah, Sambutan Maulidul Rasul Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Ehya’ Ramadhan dan lain-lain.

4.3 Ukhuwah

Menganjur kursus, seminar, muzakaroh dan ijtimak seperti kursus pengurusan jenazah, seminar kepimpinan, kursus pegawai masjid, kursus taranum Al-Quran, bengkel khutbah berkualiti, kursus penulisan Islam, ijtimak pendakwah dan lain-lain. Memproses permohonan pungutan derma dan memantau kutipan yang dijalankan.Menerima permohonan memeluk Islam, mendaftar, merekod data saudara baru dan mengeluar kad keterangan memeluk Islam.

4.4 Penerbitan

Mengeluar dan mengedar risalah-risalah keagamaan, khutbah, poster dan lain-lain

Comments are closed.