Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
October  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31  

Bahagian Penguatkuasaan

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

1. Matlamat utama bahagian

  • Mencegah kemungkaran dan memberikan kesedaran kepada masyarakat ke arah memurnikan Hukum Syarak dan akhlak masyarakat Islam.
  • Menyumbangkan pandangan dan program ke arah mengatasi gejala sosial yang timbul dikalangan remaja, belia dan dewasa.


2. Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bertanggungjawab menyusun dan menyelaraskan :

2.1 Urusan penguatkuasaan undang-undang syarak yang digunapakai di Negeri Kedah Darul Aman iaitu :

  • Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam ( Kedah Darul Aman ) 2008
  • Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 (Enakmen No. 9 Tahun 1988)
  • Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam ( Kedah Darul Aman ) 2008
  • Enakmen Acara Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988
  • Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kedah 1988 (Enakmen No.8 Tahun 1988)
  • Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 (Enakmen No. 8 1988)
  • Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1986 (Enakmen No.11 Tahun 1990)

2.2. Urusan Penyiasatan kes-kes untuk tindakan Bahagian Pendakwaan

3. Terdapat beberapa Unit yang berada di bawah bahagian ini iaitu :-

3.1 Unit Penguatkuasa

  • Merancang dan menyelaraskan aktiviti  penguatkuasaan.
  • Mengendalikan urusan perlantikan dan latihan anggota pengatkuasa.
  • Merancang dan menyelaraskan kursus-kursus berkaitan.
  • Mengemaskini rekod / data-data kes.
  • Menyelaraskan Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Negeri Kedah
  • Merancang operasi dan bertindak atas maklumat.
  • Memantau ceramah agama yang telah diluluskan oleh Majlis Agama.

3.2. Unit Siasatan.

  • Mengklasifikasikan jenis kesalahan Orang Kena Tuduh (OKT) untuk :
    • Membawa orang yang dituduh ke muka pengadilan
    • Mencari bukti.
    • Mensabitkan sesuatu kes.
    • mencari kebenaran.

Pusat Pembangunan Sosial (PPS).

  • Pengenalan.

Pusat Pembangunan Sosial (PPS) di wujudkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) . Pengwujudan pusat ini adalah disedari bahawa dengan hanya program bimbingan berbentuk keagamaan merupakan satu kaedah yang tepat untuk membimbing remaja Islam yang terlibat dengan salahlaku sosial yang boleh dikategorikan sebagai “pesalah” di bawah Enakmen  Jenayah Syariah Negeri Kedah agar mereka tidak selama-lamanya melakukan kesalahan.
Ia berkonsepkan bimbingan berteraskan pengukuhan Akidah Islamiah, pemantapan iman dan kemuliaan akhlak ke arah pembinaan syahsiah yang lebih sayangkan diri untuk dimanfaatkan kepada Masyarakat,Bangsa dan Negara.

  • Fungsi.
  • Memantapkan akidah yang merupakan asas pembangunan insan.
  • Menerapkan nilai-nilai murni kepada peserta agar dapat memiliki syahsiah mulia.
  • Membina sikap dan kendiri yang tinggi berasaskan iman agar peserta bersedia melakukan perubahan dari dalam diri dengan penuh   keinsafan betapa mulianya diri sendiri dihadapan Allah dan berikhtiar untuk tidak terus terumbang ambing .
  • Menanamkan semangat ingin memajukan diri, masyarakat dan negara.
  • Membantu individu islam yang terjerat dengan masalah agar tidak terus menerus di dalam masalah dengan menyediakan fasilitator yang profesional berpandukan modul PPS.

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
',''],['','Aduan dan Perkhidmatan Rundingcara, sila emel ke rundingcarakedah@gmail.com',''],['','Dapatkan Info terkini JHEAIK di www.jaik.gov.my','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,532
  • Last 7 days: 9,152
  • Last 30 days: 26,554
  • Online now: 2