Bahagian Pendidikan

BAHAGIAN PENDIDIKAN

1. Objektif Bahagian

Memberi Pendidikan secara formal dan bersistematik dalam bidang Agama Islam dan Akademik kepada Pelajar-Pelajar peringkat Prasekolah, Rendah dan Menengah bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berwibawa selaras dengan ajaran Islam, Enakmen dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman serta falsafah Pendidikan Negara bagi mencapai matlamat “KEDAH SEJAHTERA’

2.Fungsi Bahagian Pendidikan

-Mengurus Pendaftaran berkaitan pendidikan agama menurut Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama 1988 yang meliputi Sekolah Menengah Agama Rakyat, KAFA dan TASKA Negeri Kedah Darul Aman.

-Memantau pengurusan pentadbiran, kurikulum, ko-kurikulum SMAR, KAFA dan TASKA.

- Terdapat beberapa Unit yang berada di bawah bahagian ini iaitu :-

   1.Pentadbiran

- Unit Perkhidmatan

- Merancang, pengurus perlantikan, penempatan, pertukaran, kebajikan guru dan pelajar

    2 Pentadbiran Pendidikan Dan Akademik

              1.1  Unit Kurikulum

- menyediakan kurikulum agama dan akademik

- mengurus kursus perkembangan kurikulum

                1.2 Unit Peperiksaan dan Penilaian

- merancang, mengurus dan melaksanakan peperiksaan dan penilaian

                 1.3 Unit Hal Ehwal Pelajar

- mengurus hal ehwal pelajar

                  1.4 Unit KAFA

-  merancang, mengurus dan mengawal selia sekolah-sekolah KAFA

                  1.5 Unit Ko-Kurikulum

-  merancang, mengurus dan melaksanakan serta mengawal selia aktiviti persatuan akademik, unit   beruniform  dan  sukan

                  1.6 Unit Pra Sekolah (TASKA)

- merancang, mengurus dan mengawal selia pendidikan pra sekolah

   3. Naziran

                  1.1 Unit Pendaftaran dan Pembangunan Sekolah

-  mengawal, menyelia dan merekod pendaftaran sekolah agama

-  mengurus bantuan pembaikan dan pembangunan sekolah.

3. Aktiviti Bahagian

3.1 Unit Sekolah Agama:

  1. Bengkel Pembinaan Modul Matapelajaran Agama/Bahasa Arab.
  2. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mengikut Matapelajaran (KBSM)
  3. Kursus Pemantapan Pengajian Bahasa Arab.
  4. Bengkel Pembinaan Item (Pembinaan Soalan).
  5. Kem Kepimpinan Pelajar.
  6. Program Kecemerlangan Peperiksaan STAM.
  7. Peperiksaan SMRA/STA.
  8. Majlis Tilawah Al Quran SMA Negeri Kedah.
  9. Majlis Fannul Atfal Sekolah Rendah Islam.
  10. Majlis Bulan Bahasa Arab Sekolah Menengah Agama.
  11. Pertandingan Pidato SMA Negeri Kedah,
  12. Pertandingan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Kedah.
  13. Sukan Sekolah Rendah Islam.

3.2 Unit SPI/KAFA:

  1. Kursus Asas Guru-Guru SPI/KAFA yang baru dilantik.
  2. Bengkel Pemurnian Soalan Peperiksaan.
  3. Pelancaran Ko Kurikulum Peringkat Negeri.
  4. Ko Kurikulum Peringkat Daerah.
  5. Ko Kurikulum Peringkat Zon.
  6. Ko Kurikulum Peringkat Negeri.
  7. Kursus Jati Diri/Kepimpinan kepada Guru Pengawas.
  8. Bengkel Pembimbing dan Naqib/Naqibah.
  9. Kursus Pengukuhan Guru SPI/KAFA.
  10. Majlis Ihtifal Khatam Al Quran dan Anugerah Cemerlang Murid SPI/KAFA Negeri Kedah Darul Aman.

3.3 Unit Pra sekolah:

  1. Program Motivasi/Shahsiah Guru dan Pembantu TASKA.
  2. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
  3. Majlis Ko Kurikulum Peringkat Zon dan Negeri.
  4. Penilaian Kemahiran Kanak-Kanak TASKA.
  5. Majlis Graduasi Kanak-Kanak TASKA.

 

 

Comments are closed.