Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
October  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31  

Sejarah

SEJARAH PEMBINAAN MASJID ZAHIR

Masjid ini dibina pada hari Isnin 11 Mac 1912 bersamaan 22 Rabiul Awal 1330 H atas usaha YTM. Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah (Pemangku Sultan). Ahli-ahli majlis ketika itu ialah Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Syed Hassan Shahabuddin yang merupakan Hakim Besar ketika itu, Muhammad Ariffin bin Muhammad Arshad yang bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan, W.G.  Maxwell iaitu Penasihat British dan G. Gorman sebagai Jurutera Negeri.

Masjid ini telah dibina di atas tapak masjid terdahulu yang dikenali sebagai Masjid Lama di mana pembinaannya dilakukan oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II (juga dikenali sebagai Marhum Kota Setar) pada tahun 1735. Ianya dibina di atas tapak pusara wira-wira Kedah yang gugur syahid semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada tahun 1821. Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Raya (AZIZI) di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Pembinaan mengambil masa tiga tahun dan upacara perasmian dilakukan pada hari Jumaat 15 Oktober 1914 bersamaan 6 Zulhijjah 1333 H.

SENIBINA

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124 x 124 kaki. Sementara bahagian tengahnya (dewan solat) berukuran 62’ x 62’ dan dikelilingi oleh beranda yang mempunyai lapan kaki lebar dengan empat anjung dan pada setiap anjung tersebut terdapat satu kubah. Menara kecil yang dipanggil ”Menara Serambi” berada di atas bumbung setiap anjung.

Menara di bahagian timurnya telah diubahsuai menjadi lebih tinggi daripada yang lain. Sementara menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid tersebut. Pada tahun 1960 dan 1975 beberapa bahagian masjid tersebut telah diperbaharui dan diubahsuai.

PERASMIAN MASJID ZAHIR

  • Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1914 bersamaan 6 Zulhijjah 1333 H oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
  • YTM. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah berkenan mengimamkan solat Jumaat.
  • 3 hari kemudian berlangsungnya Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha 1333 H.

“Dimulai bina masjid ini pada tarikh 22hb Rabiul Awwal 1330 masa Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Presiden State Council dan memangku pekerjaan-pekerjaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tuan W.G. Maxwell menjadi Penasihat dan Tunku Ibrahim dan Syed Hassan Barakbah dan Cik Mohamed Ariffin Member State Council. State Engenieer G. Gorman sudah masjid ini dibuka pada hari Jumaat 6 hb Zulhijjah 1333 H”.

 

 

 

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
',''],['','Aduan dan Perkhidmatan Rundingcara, sila emel ke rundingcarakedah@gmail.com','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,521
  • Last 7 days: 9,144
  • Last 30 days: 26,543
  • Online now: 2