Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
October  2019
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31  

Program Bicara Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2019 M / 1440 H

Program Bicara Eksekutif Maqasid Syariah

ALOR SETAR : Program Bicara Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah berlangsung pada 12 Zulkaedah 1440 H bersamaan 15 Julai 2019 di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Muhamad Nordin Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia wakil kepada YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis dimulakan dengan Pembentangan Bicara Eksekutif yang bertajuk Minda Maqasid : Konsep & Pelaksanaannya Dalam Urus Tadbir oleh Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman. YAB. Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah telah hadir untuk menyempurnakan perasmian penutupan Program Bicara Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.Turut hadir bersama YB. Dato’ Dr. Ismail Salleh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Kedah, YBhg. Mejar (K) Dato’ Haji Abdul Rahman Haji Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, YBhg. Tuan Haji Musaddad Haji Salleh, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan, Pegawai-Pegawai Kanan JHEAIK dan JAKIM serta Tuan-Tuan Pegawai Agama Daerah.

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,510
  • Last 7 days: 10,530
  • Last 30 days: 46,717
  • Online now: 9