Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
December  2018
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31  

Majlis Haflah Atfal Taska / Nury Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1440 H / 2018 M

ALOR SETAR : Majlis Haflah Atfal Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1440 H bersamaan 2018 M telah berlangsung pada 12 Rabiulawal 1440 H bersamaan 20 November 2018 di Grand Ballroom, TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis bermula pada jam 4.00 petang dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah Darul Aman. Menunggu ketibaan baginda ialah Yang Berhormat Tuan Haji Zamri bin Yusof, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil kepada YAB. Menteri Besar Kedah Darul Aman. Turut mengiringi baginda ialah Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Haflah Atfal Taska / Nury Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1440 H / 2018 M.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Yusof bin Haji Ahmad, Pegawai Agama Daerah Yan. Seterusnya, Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Haflah Atfal Taska / Nury Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1440 H / 2018 M. Selepas Ucapan Aluan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah berkenan menyampaikan Titah Ucapan dan Perasmian sempena Majlis Haflah Atfal Taska / Nury Peringkat Negeri Kedah Darul Aman kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Seterusnya, persembahan Coral Speaking oleh Johan Coral Speaking Majlis Ko-Kurikulum Taska / Nury Tahun 2018 iaitu Kumpulan Coral Speaking Sautul Iman, Gabungan Pusat Taska Nury Daerah Kubang Pasu.

TOKOH IBNU KHALDUN

TOKOH SERI KANDI

ANUGERAH PUSAT TASKA TERBAIK

TASKA MASJID AL-HANA, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,278
  • Last 7 days: 13,083
  • Last 30 days: 51,357
  • Online now: 3