Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
December  2018
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31  

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440 H / 2018 M Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1440 H bersamaan 2018 M telah berlangsung pada 12 Rabiulawal 1440 H bersamaan 20 November 2018 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff. Menunggu ketibaan baginda berdua ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman. Turut mengiringi baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1440 H / 2018 M.

Majlis dengan tema “MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT” dimulakan dengan bacaan doa oleh Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Mohd Asyraf bin Haji Mohsin, Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK. Seterusnya, Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1440 H / 2018 M. Selepas Ucapan Aluan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah berkenan menyampaikan Titah Ucapan dan Perasmian sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis diteruskan dengan persembahan oleh pemenang-pemenang pertandingan kesenian Islam. Persembahan pertama oleh Johan Marhaban iaitu Kumpulan Marhaban Zulfaqar dari daerah Baling. Seterusnya, persembahan Johan Burdah oleh Kumpulan Burdah Sautul Imtiyaz dari daerah Kota Setar dan diakhiri oleh persembahan Johan Nasyid oleh Kumpulan Nasyid An-Nur Penyelia SPI/KAFA Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang pertandingan kesenian Islam. Setiap pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Acara Marhaban

Johan – Kumpulan Marhaban Zulfaqar Daerah Baling

Naib Johan – Kumpulan Marhaban Al-Uthmani Penyelia SPI/KAFA JHEAIK

Ketiga – Kumpulan Marhaban Rahmatan Lil ‘Alamin Daerah Padang Terap

Acara Burdah

Johan – Kumpulan Burdah Sautul Imtiyaz Daerah Kota Setar

Naib Johan – Kumpulan Burdah Az-Zahraa Daerah Yan

Ketiga – Kumpulan Burdah Wardatul Islam Daerah Bandar Baharu

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,274
  • Last 7 days: 13,145
  • Last 30 days: 51,374
  • Online now: 7