Majlis Perasmian Penutup Kursus Akauntabiliti Pengurusan Kewangan JHEAIK
ALOR SETAR : Setelah berkursus selama 2 hari, acara diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup Kursus Akauntabiliti Pengurusan Kewangan JHEAIK yang disempurnakan oleh YBhg. En. Faisal Rizal bin Mohammad, Timbalan Pengarah (Pengurusan, Perkhidmatan dan Kewangan) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Syeikh Hasbullah bin Md. Mukhtar, Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JHEAIK.
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan, Perkhidmatan dan Kewangan) dan diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada semua peserta kursus serta sesi bergambar.