Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
December  2018
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31  

Kursus Akauntabiliti Pengurusan Kewangan JHEAIK Siri 1

ALOR SETAR : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman menganjurkan Kursus Akauntabiliti Pengurusan Kewangan yang diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2018 bertempat di Bilik Delima, TH Hotel, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Peserta kursus yang hadir ialah di kalangan semua pegawai agama di JHEAIK dan pejabat-pejabat agama daerah.

Terdapat 4 slot pembentangan yang dibuat pencerahan oleh penceramah jemputan. Tajuk-tajuk yang disampaikan adalah seperti berikut :

1. Tuntutan Elaun Perjalanan, disampaikan oleh Tn. Hj. Zainol Abidin bin Aminudin, Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman (8 Oktober 2018)

2. Pengurusan Bajet, disampaikan oleh Pn. Mastura binti Sapifee, Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman (8 Oktober 2018)

3. Khidmat Pengurusan, disampaikan oleh En. Abdul Manaf bin Majid, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (9 Oktober 2018)

4. Pengurusan Integriti, disampaikan oleh En. Mohd Zaini bin Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (9 Oktober 2018)

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,275
  • Last 7 days: 13,133
  • Last 30 days: 51,389
  • Online now: 6