Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
September  2018
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30  

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1440 H / 2018 M Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR : Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1440 H bersamaan 2018 M telah berlangsung pada 1 Muharam 1440 H bersamaan 11 September 2018 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dengan keberangkatan tiba DYTM Raja Muda Kedah, Tunku Sarafuddin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin mewakili KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Menunggu ketibaan baginda ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir. Turut mengiringi baginda ialah Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Kedah dan Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1440 H / 2018 M.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Berbahagia Syeikh Hasbullah bin Md. Mukhtar, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Seterusnya, Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1440 H / 2018 M. Selepas Ucapan Aluan, DYTM Raja Muda Kedah berkenan untuk menyempurnakan Titah Perasmian sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ceramah khas Maal Hijrah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Yang Berbahagia Ustaz Lutfi Amir bin Saidin dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman. Acara kemuncak ialah pengurniaan anugerah Tokoh Maal Hijrah, Masjid Terbaik Kategori Bandar dan Luar Bandar yang disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman. Tokoh Maal Hijrah 1440 H telah dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Sudin. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Masjid Terbaik Kategori Bandar disandang oleh Masjid Al-Abrar, Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Bagi Masjid Terbaik Kategori Luar Bandar pula disandang oleh Masjid Al-Barakah, Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, Kedah Darul Aman. Kedua-dua masjid tersebut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,803
  • Last 7 days: 12,250
  • Last 30 days: 47,357
  • Online now: 12