Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
April  2018
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30  

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1439 H / 2018 M

ALOR SETAR : Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1439 H bersamaan 2018 M telah berlangsung selama 3 hari mulai 24 Jamadilakhir hingga 26 Jamadilakhir 1439 H bersamaan 12 Mac hingga 14 Mac 2017 yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah diadakan pada 14 Mac 2017 bermula pada jam 10.30 pagi dengan keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. Baginda berdua diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah. Turut mengiringi ialah Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Rawi bin Haji Abd. Hamid, wakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 1439 H / 2018 M.

Majlis dimulakan dengan persembahan kesenian Islam oleh Kumpulan Nasyid Nurul Jannah. Kumpulan yang terdiri daripada gabungan penyelia dan guru-guru KAFA, menyampaikan lagu nasyid berjudul Kalamun Qadim. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1439 H / 2018 M. Selepas ucapan alu-aluan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman berkenan menyampaikan Titah Perasmian Penutupan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1439 H / 2018 M kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah Darul Aman.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1439 H / 2018 M.

Tilawah Al-Quran (Qari)

1. Muhammad Thufail bin Sayuti

2. Hj. Yusri bin Abd. Rahim

3. Mohammad Nazif bin Zulkhairi

Tilawah Al-Quran (Qariah)

1. Nur Afifah binti Abd. Rahman

2. Marzian binti Mohd Deli

3. Hajjah Sobariah binti Abd. Hamid

Hafazan Al-Quran (Lelaki)

Kategori 1-10 Juzuk dan Tarannum

1. Muhamad Haziq bin Aidee Rosilan

2. Azry bin Rosly

3. Muhammad Aiman Haikal bin Mazlan

Kategori 1-20 Juzuk

1. Muhammad Rayyan bin Abdullah

2. Ahmad Afiq bin Ahmad Shukri

3. Azraie Yusrizal bin Yusri

Kategori 1-30 Juzuk dan Tafsir

1. Muhammad Khalil bin Mohd Fadzil

2. Mohammad Syawqi bin Hasbullah

3. Amidi bin Zainul Asri

Hafazan Al-Quran (Perempuan)

Kategori 1-10 Juzuk dan Tarannum

1. Robiatun Adawiyyah binti Zolkifli

2. Nurul Ezzatina binti Zaidi

3. Alifatul Ulya binti Mohd Rosli

Kategori 1-20 Juzuk

1. Siti Aishah binti Zolkifli

2. Nurul Afiqah binti Shahrunnizam

3. Atifah binti Abdul Rahman

Kategori 1-30 Juzuk dan Tafsir

1. Siti Aishah Humaira’ binti Syahrul Apandi

2. Raudhah binti Abdul Razak

3. Liyana binti Ahmad Faris

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
',''],['','
Permohonan Sijil Halal boleh dibuat secara online di http://www.halal.gov.my

',''],['','Dapatkan Info Terkini JHEAIK di http://www.jaik.gov.my',''],['','Sebarang ADUAN RASMI, sila emel ke jheaik@kedah.gov.my',''],['','Aduan dan Perkhidmatan Rundingcara, sila emel ke rundingcarakedah@gmail.com','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,343
  • Last 7 days: 9,673
  • Last 30 days: 44,099
  • Online now: 6