Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
August  2018
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31  

Majlis Perjumpaan YAB. Menteri Besar Kedah Bersama Imam, Pegawai Masjid dan AJK Kariah Serta Pelancaran Program Barakah Masjid

ALOR SETAR : Satu majlis perjumpaan di antara YAB. Menteri Besar Kedah Darul Aman bersama Imam, Pegawai Masjid dan AJK Kariah telah berlangsung pada 12 Februari 2018 bersamaan 26 Jamadil Awwal 1439 H. Majlis tersebut diadakan di TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Selain YAB. Menteri Besar Kedah, turut hadir adalah YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Sohibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Kedah, YB. Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan YBhg. Dato’ Pegawai Kemajuan Negeri Kedah. Turut hadir bersama adalah pegawai-pegawai kanan JAKIM dan JHEAIK serta pegawai-pegawai agama daerah.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazif bin Zulkhairi. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Abd. Rahman bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, diikuti oleh ucapan YB. Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Acara kemuncak ialah ucapan perasmian dan pelancaran Program Barakah Masjid yang disampaikan oleh YAB. Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah Darul Aman, disusuli dengan gimik paluan gong sebagai tanda pelancaran Program Barakah Masjid Peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

Acara berikutnya adalah majlis penyampaian mock cek dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk bayaran imbuhan imam, eluan guru KAFA dan guru takmir negeri Kedah untuk tahun 2018. Jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM52,490,232.00. Manakala sebanyak RM9,862,500.00 diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi bayaran khas one-off untuk imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA bagi tahun ini. Mock cek diserahkan oleh YB. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada YAB. Menteri Besar Kedah dan akhirnya diterima oleh YBhg. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 2,522
  • Last 7 days: 14,145
  • Last 30 days: 58,520
  • Online now: 3