Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
December  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31  

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1439 H / 2017 M Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1439 H bersamaan 2017 M telah berlangsung pada 12 Rabiulawal 1439 H bersamaan 1 Disember 2017 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Arif. Menunggu ketibaan baginda berdua ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanifah, Menteri Besar Kedah Darul Aman. Turut mengiringi baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Mufti Kedah, Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1439 H / 2017 M.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim oleh Qari Jemputan, Yang Berbahagia Saudara Al-Asim bin Alzi. Seterusnya, Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1439 H / 2017 M. Selepas Ucapan Aluan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah berkenan menyampaikan Titah Ucapan dan Perasmian sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

 

Majlis diteruskan dengan persembahan Marhaban oleh Kumpulan Marhaban Al-Ikhwan Masjid Al-Muttaqin Taman Ria Sungai Petani yang diketuai oleh Encik Ahmad Sabandi bin Othman. Seterusnya, tazkirah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd. Hazli bin Ismail Al-Hafiz, Pensyarah Kuliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah.

 

Acara kemuncak ialah pengurniaan anugerah Tokoh Pendakwah, Tokoh Imam dan Tokoh Ibu Mithali yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman. Tokoh Pendakwah telah dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Prof. Dr. Shukri bin Ahmad. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

 

Manakala bagi Tokoh Imam pula dianugerahkan kepada Tuan Haji Ali bin Ahmad. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan. Bagi Tokoh Ibu Mithali dianugerahkan kepada Puan Hajjah Siti Aishah binti Haji Ahmad. Beliau juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

 

 

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
',''],['','Dapatkan Info terkini JHEAIK di www.jaik.gov.my','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,321
  • Last 7 days: 9,398
  • Last 30 days: 41,815
  • Online now: 8