Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
August  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31  

Buat roti canai atas penutup kumbahan

ALOR SETAR : Tindakan jijik sebuah restoran nasi kandar memproses tepung roti canai atas ruang penutup tangki kumbahan menyebabkan premis itu diarah tutup serta-merta. Tindakan itu dikesan susulan pemeriksaan dilakukan sekumpulan penguat kuasa ke atas premis di Jalan Seberang Perak, di sini, menerusi operasi pemeriksaan halal. Dua lagi premis nasi kandar di sekitar bandar raya ini turut diarah tutup selama 14 hari ialah restoran nasi kandar di Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Lencong Barat selepas gagal memenuhi piawaian ditetapkan, terutama dari segi kebersihan.

Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Halal), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Ustazah Rosyadah Ramli, berkata operasi bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu tertumpu kepada enam restoran nasi kandar di sekitar bandar raya ini.

“Daripada enam yang diperiksa, tiga diarah tutup serta-merta kerana kebersihan tidak memuaskan. Ketika diperiksa, kita menemui najis lipas dalam premis, selain persekitaran di dalam kedai berisiko mengundang kehadiran tikus disebabkan ada bahan mentah yang tidak ditutup. Kita turut mengesan ada pekerja restoran menguli tepung roti canai atas ruang penutup tangki kumbahan najis di belakang premis dan ia agak menjijikkan,” katanya yang mengetuai operasi berkenaan.

Selain JHEAIK, operasi membabitkan 30 anggota itu turut disertai Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Rosyadah berkata, sepanjang tempoh diberi, semua premis berkenaan diarah melakukan pembersihan dan penyucian sebelum penilaian semula dilakukan ke atas semua tiga premis berkenaan.

SUMBER : BH Online, Khamis (10 Ogos 2017)

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
',''],['','Aduan dan Perkhidmatan Rundingcara, sila emel ke rundingcarakedah@gmail.com','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 960
  • Last 7 days: 7,919
  • Last 30 days: 37,264
  • Online now: 3