Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
October  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31  

Majlis Ikrar Bebas Rasuah JHEAIK & MAIK Bersama SPRM

ALOR SETAR : Tanggal 23 Mei 2017 bersamaan 26 Syaaban 1438 H telah berlangsung Majlis Ikrar Bebas Rasuah di antara pegawai-pegawai dan seluruh kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut serta di dalam majlis ini adalah semua Pegawai Agama Daerah, pegawai dan kakitangan setiap pejabat agama daerah. Majlis diadakan di Hotel Regency, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Majlis dimulakan dengan ketibaan Y.Bhg. Dato’ Shamsun Baharin bin Mohd. Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM diiringi oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahman bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Y.Bhg. Dato’ Haji Mohamad Fauzi bin Haji Mohamad, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah Darul Aman. Turut hadir adalah Y.Bhg. Dato’ Hajjah Nafisah binti Abdullah, Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK dan Tuan Haji Abd. Aziz bin Hassan, Timbalan Pengarah (Pengurusan, Perkhidmatan dan Kewangan) JHEAIK.

Majlis diserikan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar. Selepas bacaan doa, Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahman bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah disusuli dengan Ucapan Penghargaan oleh Y.Bhg. Dato’ Shamsun Baharin bin Mohd. Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM. Seterusnya, bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahman bin Haji Ismail diikuti oleh semua pegawai dan kakitangan dengan disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Shamsun Baharin dan Y.Bhg. Dato’ Haji Mohamad Fauzi.

Akhir sekali adalah majlis menandatangani Sijil Ikrar Bebas Rasuah dan diserahkan kepada Y.Bhg. Dato’ Shamsun Baharin bersama-sama dengan cenderahati daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
',''],['','Aduan dan Perkhidmatan Rundingcara, sila emel ke rundingcarakedah@gmail.com','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,559
  • Last 7 days: 9,170
  • Last 30 days: 26,582
  • Online now: 2