Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
May  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31  

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2017 M

ALOR SETAR : Berakhirnya Syaaban memberi petanda kepada semua umat Islam di seluruh dunia bahawa Ramadhan Al-Mubarak yang ditunggu-tunggu akan kunjung tiba. Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah meneruskan agenda tradisi dengan mengadakan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1438 H bersamaan 2017 M. Program tersebut telah dilangsungkan pada 16 Mei 2017 bersamaan 19 Syaaban 1438 H. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah Darul Aman.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Puan Sri Dato’ Seri Datin Seri Diraja Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah Darul Aman. Mengiringi baginda berdua ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Diraja. Antara dif-dif jemputan kenamaan yang hadir ialah Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Exco Agama Negeri Kedah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2017 M.

Pengisian program tersebut dimulakan dengan Diskusi Ramadhan dan sesi soal jawab, disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan dendangan lagu-lagu nasyid. Seterusnya, Ucapan Aluan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2017 M. Majlis diteruskan dengan Titah Ucapan Perasmian yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman.

Acara kemuncak ialah pengurniaan sumbangan kepada masjid-masjid seluruh negeri Kedah Darul Aman yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman. Sumbangan disampaikan kepada semua Pegawai Agama Daerah di negeri Kedah Darul Aman.

 

 

 

 

 

 

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,067
  • Last 7 days: 6,910
  • Last 30 days: 34,303
  • Online now: 3