Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
December  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31  

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2017 M

ALOR SETAR : Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1438 H bersamaan 2017 M telah berlangsung selama 4 hari mulai 13 Jamadil Akhir hingga 16 Jamadil Akhir 1438 H bersamaan 12 Mac hingga 15 Mac 2017 M yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis Perasmian Penutupan diadakan pada 15 Mac 2017 bermula pada jam 9.30 malam dengan keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. Baginda berdua diiringi oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah. Turut mengiringi ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 1438 H / 2017 M.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2017 M. Selepas ucapan alu-aluan, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman berkenan menyampaikan Titah Perasmian Penutupan sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2017 M kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis diteruskan dengan persembahan Kesenian Islam iaitu alunan nasyid yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Kumpulan Nasyid Nurul Jannah yang terdiri daripada guru-guru SPI KAFA Negeri Kedah. Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah.

 

Berikut adalah senarai penuh pemenang Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2017 M.

Tilawah Al-Quran (Qari)

1. Yusri bin Abd. Rahim

2. Ahmad Arif bin Othman Azumi

3. Mohd Alwi bin Abd. Rahman

Tilawah Al-Quran (Qariah)

1. Sobariah binti Abd. Hamid

2. Marzian binti Mohd Deli

3. Norafifah binti Abdul Rahman

Hafazan Al-Quran (Lelaki)

Kategori 1-10 Juzuk dan Tarannum

1. Azraie Yusrizal bin Yusri

2. Miqdad bin Ibrahim

3. Muhammad Munsif bin Yusof

Kategori 1-20 Juzuk

1. Ahmad Syawqi bin Hasbullah

2. Muhammad Abir Alwi Al-Haddad bin Muhammad

3. Mohammad Rayyan bin Abdullah

Kategori 1-30 Juzuk dan Tafsir

1. TIADA PEMENANG MENGIKUT PERATURAN MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

2. Amidi bin Mohd Zainul Asri

3. Muhammad Hafiz bin Sobri

Hafazan Al-Quran (Perempuan)

Kategori 1-10 Juzuk dan Tarannum

1. Auni Najla binti Ali Badron

2. Farzana binti Omar

3. Robiatun Adawiah binti Zolkifli

Kategori 1-20 Juzuk

1. Siti Aishah Humaira’ binti Syahrul Apandi

2. Siti Aishah binti Zolkifli

3. Raudhah binti Abdul Razak

Kategori 1-30 Juzuk dan Tafsir

1. TIADA PEMENANG MENGIKUT PERATURAN MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN

2. Ummi Habibah binti Mohammad Hashim

3. A’syal Hani binti Muhammad

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
',''],['','Dapatkan Info terkini JHEAIK di www.jaik.gov.my','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,318
  • Last 7 days: 9,400
  • Last 30 days: 41,815
  • Online now: 5