Waktu Solat

Kalender Aktiviti
September  2020
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30  

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1438 H / 2016 M Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR : Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1438 H bersamaan 2016 M telah berlangsung pada 22 Rabiulawal 1438 H bersamaan 22 Disember 2016 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Menunggu ketibaan baginda ialah Yang Berhormat Dato’ Dr. Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Kedah Darul Aman. Turut mengiringi baginda ialah Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri wakil kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Tuan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2016 M.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim oleh Qari Jemputan, Yang Berbahagia Saudara Ahmad Arif bin Othman Azumi. Seterusnya, Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2016 M. Selepas Ucapan Aluan, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda berkenan menyampaikan Titah Ucapan dan Perasmian sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Darul Aman kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis diteruskan dengan persembahan bacaan Rowi dan Marhaban oleh Kumpulan Marhaban dari Kampung Benua yang diketuai oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Hashim bin Said. Seterusnya, tazkirah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Roslan bin Che Ros dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Acara kemuncak ialah pengurniaan anugerah Tokoh Pendakwah, Tokoh Imam dan Tokoh Ibu Mithali yang disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah. Tokoh Pendakwah telah dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah bin Taib. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Manakala bagi Tokoh Imam pula dianugerahkan kepada Tuan Haji Wan Abd. Rahman bin Haji Wan Abd. Kadir. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan. Bagi Tokoh Ibu Mithali dianugerahkan kepada Puan Hajjah Mashitah binti Haji Arshad. Beliau juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

 

 

 

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,683
  • Last 7 days: 10,148
  • Last 30 days: 47,470
  • Online now: 4