Waktu Solat

Kalender Aktiviti
September  2020
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30  

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1438 H / 2016 M Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

ALOR SETAR : Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1438 H bersamaan 2016 M telah berlangsung pada 1 Muharam 1438 H bersamaan 2 Oktober 2016 di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman. Menunggu ketibaan baginda ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanifah. Turut mengiringi baginda ialah Sohibus Samahah Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Tuan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2016 M.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd. Hazli bin Ismail Al-Hafiz. Seterusnya, Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Bakar bin Din, Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2016 M. Selepas Ucapan Aluan, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman berkenan menyampaikan Titah Ucapan sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Acara kemuncak ialah pengurniaan anugerah Tokoh Maal Hijrah, Tokoh Saudara Kita dan Masjid Terbaik Kategori Bandar dan Luar Bandar  yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman. Tokoh Maal Hijrah 1438 H telah dianugerahkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Wira Syeikh Yahaya bin Haji Jusoh. Beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak RM7,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Manakala bagi Tokoh Saudara Kita 1438 H dianugerahkan kepada Encik Mohd. Yusof bin Abdullah. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan. Masjid Terbaik Kategori Bandar disandang oleh Masjid Syarifah Fatimah, Paya Kemunting, Jitra, Kedah Darul Aman. Bagi Masjid Terbaik Kategori Luar Bandar pula disandang oleh Masjid An-Nur, Relau, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Kedua-dua masjid tersebut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, hadiah iringan dan sijil penghargaan.

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,685
  • Last 7 days: 10,147
  • Last 30 days: 47,468
  • Online now: 4