Waktu Solat

Kalender Aktiviti
August  2020
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31  

Majlis Penyerahan Tugas Pengarah JHEAIK

ALOR SETAR  :  Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) telah berlangsung pada 27 Zulhijjah 1437 H bersamaan 29 September 2016 yang lalu. Majlis berlangsung di dalam suasana yang sungguh harmoni di antara mantan Pengarah JHEAIK, Yang Berbahagia Dato’ Zahari bin Ismail dan Pengarah JHEAIK yang baharu iaitu, Yang Berbahagia Tn. Hj. Abd. Rahman bin Haji Ismail.

Yang Berbahagia Dato’ Zahari bin Ismail telah bertukar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan menyandang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Tempatnya diambil alih oleh Pegawai Daerah Kuala Muda iaitu Yang Berbahgia Tn. Hj. Abd. Rahman bin Haji Ismail. Pertukaran tersebut berkuatkuasa pada 15 September 2016 yang lalu.

Seluruh warga JHEAIK mengucapkan salam perpisahan dan selamat bertugas di jabatan yang baharu kepada Yang Berbahagia Dato’ Zahari bin Ismail. Segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah ditaburkan sepanjang perkhidmatan Yang Berbahagia Dato’, amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Abd. Rahman bin Haji Ismail, Selamat Datang kami ucapkan.

 

 

 

Comments are closed.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 2,034
  • Last 7 days: 12,384
  • Last 30 days: 63,410
  • Online now: 16