Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
June  2017
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
  1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  

Archive for the ‘Berita’ Category

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI 1438 H

KHUTBAH HARI RAYA AIDIL FITRI 1438 H

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Beserta Majlis Moreh Ampun Kurnia KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Tahun 1438 H / 2017 M

ALOR SETAR : Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1438 H bersamaan 2017 M telah berlangsung pada 16 Ramadhan 1438 H bersamaan 11 Jun 2017 di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis dilangsungkan bersekali dengan Majlis Moreh Ampun Kurnia KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Majlis bermula pada jam 8.45 malam dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah wakil kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman. Menunggu ketibaan baginda ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanifah, Menteri Besar Kedah Darul Aman dan Yang Berhormat Dato’ Hj. Mohd. Rawi bin Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Kedah Darul Aman. Turut mengiringi ialah Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah Kota Setar.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu ‘Isyak berjemaah, seterusnya disusuli dengan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir yang diimamkan oleh Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Roslan bin Hj. Abd. Halim Al-Hafiz, Imam Besar Masjid Zahir. Seterusnya, persembahan Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman.

Selepas persembahanUcapan Aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah berkenan menyampaikan Titah Ucapan kepada semua hadirin muslimin dan muslimat yang hadir pada majlis tersebut.

Selepas selesai Titah Ucapan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, majlis diserikan lagi dengan majlis ilmu berupa ceramah berkaitan Nuzul Al-Quran. Ianya telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd. Hazli bin Ismail Al-Hafiz, Pensyarah Kuliah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Majlis diakhiri dengan Majlis Santapan dan jamuan moreh untuk jemaah yang hadir.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
','']]
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 984
  • Last 7 days: 7,831
  • Last 30 days: 31,794
  • Online now: 3