Slideshow
Get the Flash Player to see the slideshow.
Kalender Aktiviti
July  2018
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
   
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31  

Author Archive

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 1439 H / 2018 M

ALOR SETAR : Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi Tahun 1439 H bersamaan 2018 M telah berlangsung pada 16 Ramadan 1439 H bersamaan 1 Jun 2018 di Masjid Syarifah Fatimah, Paya Kemunting, Jitra, Kedah Darul Aman. Majlis bermula pada jam 8.30 malam dengan keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman disusuli dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Menunggu ketibaan baginda ialah Yang Berhormat Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang mewakili  Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman. Turut mengiringi ialah Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Yang Berbahagia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah Darul Aman dan Yang Berbahagia Pegawai Daerah Kubang Pasu.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu ‘Isyak berjemaah, seterusnya disusuli dengan Solat Sunat Tarawih dan Sunat Witir. Majlis diserikan lagi dengan majlis ilmu berupa ceramah berkaitan Nuzul Al-Quran. Ianya telah disampaikan oleh Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Majlis diakhiri dengan Majlis Santapan dan jamuan moreh untuk jemaah yang hadir.

Kursus Penulisan Surat, Minit Mesyuarat Dan Memo Berkualiti

ALOR SETAR : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah menganjurkan Kursus Penulisan Surat, Minit Mesyuarat dan Memo Berkualiti yang diadakan pada 30 hingga 31 Mei 2018 bertempat di Bilik Tangkai Rotan, The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Di antara peserta kursus yang hadir ialah di kalangan pegawai dan kakitangan JHEAIK dan pejabat-pejabat agama daerah.

Pengumuman (ڤڠعمومن)
Waktu Solat

Pelawat

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 1,539
  • Last 7 days: 9,883
  • Last 30 days: 44,286
  • Online now: 5